fbpx

85 maut beratus cedera berebut wang sumbangan di Yemen

Orang ramai berasak-asak untuk mendapatkan pemberian wang dalam satu acara di Sanaa Yemen.

SANAA, Yemen – Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus  yang lain cedera dalam insiden rempuhan semasa satu acara amal di negara bergolak Yemen semalam, kata beberapa pegawai puak Houthi.

Insiden  semalam merupakan rempuhan paling buruk dalam tempoh satu dekad di Yemen.

Tragedi terbaharu di negara Semenanjung Arab paling miskin itu berlaku beberapa hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beratus-ratus orang di negara miskin itu berkumpul di sebuah sekolah di ibu kota Yemen, Sanaa untuk menerima pemberian wang tunai berjumlah 5,000 riyal Yemen (RM89).

Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala 322 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di daerah Bab al-Yemen di Sanaa, kata seorang pegawai keselamatan militia Houthi.

“Wanita dan kanak-kanak merupakan antara yang terbunuh,” katanya kepada agensi berita. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles