fbpx

Keputusan permohonan tangguh penjara Siti Bainun diketahui Selasa

Nasib Siti Bainun diketahui Selasa depan

Kuala Lumpur: Permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella bakal diketahui, petang Selasa depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache berkata, pihaknya memerlukan masa bagi meneliti hujah kedua pihak dan afidavit berhubung masalah kesihatan Siti Bainun.

“Sebahagian (afidavit) ada pada saya. Saya akan pertimbangkan, saya akan beri keputusan…perlu ambil masa untuk meneliti hujahan kedua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan.

“Saya akan beri keputusan 2.30 petang, Selasa ini,” katanya pada prosiding hari ini.

Pada prosiding hari ini, Siti Bainun, 31, yang dibawa dari Penjara Kajang dilihat memakai blouse berwarna kuning.

Turut kelihatan di galeri awam mengikuti prosiding hari ini ialah keluarga wanita itu termasuk ibunya.

Siti Bainun hari ini diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dan Mohammad Farhan Maaruf manakala Timbalan Pendakwa Raya ialah Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Pada 3 Mei lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Bainun bagi pertuduhan pertama dan 12 tahun penjara bagi tuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.

Ia selepas Siti Bainun didapati bersalah atas kesalahan mendera dan menganiaya Bella.

Susulan itu, peguam, Mohammad Farhan memohon pertimbangan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu dengan mengambil kira saiz badan dan tahap kesihatan dialaminya selain anak guamnya juga sudah insaf.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak dengan Izralizam dilaporkan berkata, tiada keadaan khas dan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman itu. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles