fbpx

MSDeaf rayu bantuan, realisasikan kejohanan dunia

KUALA LUMPUR – Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) sejak sekian lama telah melalui pelbagai rintangan dan ujian maka hingga timbul banyak persoalan adakah atlet warga pekak di negara ini tidak mendapat pembelaan  sewajarnya berbanding orang kurang upaya (OKU) dari sukan kategori  lain (bukan pekak).

Sehubungan itu, dalam usaha MSDeaf mengetengahkan atlet-atlet pekak ini, MSDeaf sentiasa bergelut untuk terus berdiri sama tinggi dan sama gagah setaraf  dengan atlet normal.

Menjadi harapan, jangan suatu hari nanti persatuan ini ditakdirkan terkubur disebabkan kegagalan meneruskan kesinambungan sukan untuk atlet pekak ekoran pelbagai halangan.

Namun, MSDeaf tidak pernah berputus asa untuk meminta pihak atasan dan berkuasa mendengar rintihan dan seterusnya memenuhi keperluan para atlet pekak  negara yang setakat ini telah berjaya membuktikan kehadiran mereka tidak sia-sia malah turut  berjaya  mengharumkan nama negara di persada dunia melalui beberapa sukan yang diceburi.

Perlulah diingatkan bahawa melalui pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tertera pula dalam portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) terdapat tujuh kategori OKU yang disenaraikan serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih JKM, SPA dan juga kerajaan Malaysia kerana mengiktiraf kehadiran OKU termasuk golongan orang pekak.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi akan mengalami pelbagai halangan sudah pasti menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Tujuh kategori OKU itu ialah kurang upaya pendengaran (pekak), kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, bermula 23 September hingga 7 Oktober 2023, satu berita mengembirakan apabila Malaysia  berjaya dipilih sebagai tuan rumah untuk  Kejohanan Bola  Sepak Pekak Dunia ke 4.

Kejohanan berprestij tersebut setaraf dengan bola sepak Piala Dunia anjuran FIFA. Kali terakhir kejohanan bola sepak pekak dunia ialah pada 2016 di Turki sebelum dihentikan sementara berikutan penularan Covid-19.

Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia di Malaysia itu nanti akan disertai 24 negara yang melibatkan 24 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita.

Namun begitu, ini belum mengembirakan sepenuhnya MSDeaf yang menjadi penganjur disebabkan terdapat kekangan sumbangan tajaan bagi merealisasikan kejohanan  tersebut di Malaysia.

Di sini, MSDeaf merayu kerajaan Malaysia, Majlis Sukan Negara, syarikat-syarikat korporat dan swasta serta pertubuhan sukarela termasuk orang ramai agar memberi bantuan serta sumbangan terutama dari segi kewangan.

Tempoh penganjuran itu semakin hampir dan kira-kira separuh persiapan sedang  dilakukan namun kekurangan kewangan menjadi faktor utama.

Kegagalan menyediakan peruntukan secukupnya boleh menyebabkan penganjuran kejohanan itu kelak mengalami kepincangan dan ini boleh menjejaskan nama baik negara selaku tuan umah.

MSDeaf merayu  semua pihak membantu bagi merealisasikan ia menjadi kenyataan. Bantuanlah MSDeaf.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan dan membantu MSDeaf boleh menghubungi pegawai MSDeaf yang juga merupakan petugas mahir dalam bahasa isyarat. Fathin Norisha Abdullah 014-5396020, Firdaus Musa 011-11156050 dan Mohd. Arif Yazid 011-60933550.

Daripada,

Kamarzaman Harun, Setiausaha Agung, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), No. 9-2, Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles