fbpx

Antara hidup dan mati, risiko daki Everest

KUALA TERENGGANU: Seseorang pendaki yang berhasrat untuk menakluk puncak Gunung Everest sebenarnya sudah bersedia dengan risiko antara hidup dan mati.

Pendaki Gunung Everest ke-10 dari Malaysia, Mohd. Rafi Kori, 44 berkata, ini kerana laluan ke puncak tertinggi dunia itu bukan satu perkara mudah kerana semua pendaki perlu melepasi 1,001 halangan dan cabaran melibatkan mental dan fizikal sepanjang ekspedisi berlangsung.

Mohd Rafi Kori ketika menawan puncak Everest pada tahun 2007

Mohd. Rafi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kembara Negara berkata, walaupun pendakian ke ‘bumbung dunia’ itu sangat berisiko, namun, dengan latihan mencukupi dan mengikut segala prosedur pendakian, pasti impian mereka yang mahu menakluknya akan tercapai.

Katanya, sebelum berjaya melakar sejarah menawan puncak itu bersama enam lagi peserta Ekspedisi Merdeka De ‘Everest pada tahun 2007, kesemua mereka terpaksa melakukan beberapa latihan pendakian wajib selama dua tahun sejak 2005.

Anak jati Pulau Manis, Serada, di sini, berkata, beliau dan peserta ekspedisi yang lain juga tidak ketinggalan berdepan beberapa kali detik yang sangat mencemaskan hingga hampir kehilangan nyawa.

Katanya, antara insiden yang tidak boleh dilupakan ialah runtuhan salji yang berlaku di sekitar Khumbu Ice Fall ketika beliau bersama tiga lagi pendaki iaitu Marina Ahmad; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Khalid Yunus dan seorang Sherpa dalam perjalanan turun dari puncak.

Katanya, sebelum berjaya melakar sejarah menawan puncak itu bersama enam lagi peserta Ekspedisi Merdeka De ‘Everest pada tahun 2007, kesemua mereka terpaksa melakukan beberapa latihan pendakian wajib selama dua tahun sejak 2005.

Bersama isteri Marina, yang turut berjaya menawan puncak Everest pada tahun 2007 (Sumber gambar Harian Metro Online)

Paling berdebar ketika hendak menggunakan tangga besi yang di bawahnya terdapat rekahan ais yang sangat curam. Tersilap langkah, boleh terjatuh dan mayat akan tergantung. Setiap kali ternampak mayat pendaki lain dibawa keluar, kami bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur kami untuk berkongsi pengalaman berharga ini dengan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Beliau menambah, antara cabaran terbesar pendaki Everest ialah simptom akut ketinggian gunung (Acute Mountain Sickness) yang akan menyebabkan fokus kepada teknik-teknik pendakian semakin berkurangan.

“Selain itu pendaki juga terdedah dengan ancaman muka bumi yang rapuh serta curam terutama di kawasan ‘Hillary Step’ dengan kecerunan antara 70 hingga 80 darjah, sedikit kesilapan pasti nyawa jadi taruhan. Strategi dalam mengatur penggunaan oksigen juga sangat penting dan memilih waktu pendakian yang betul sangat perlu kerana perubahan cuaca dan angin boleh berlaku secara mendadak,” katanya yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-16 kejayaan pendakian ke Gunung Everest, semalam.

Pada masa sama, tambahnya, beliau sedih dengan berita pemergian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob dalam ekspedisi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), baru-baru ini. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles