fbpx

Pembinaan lima kapal LCS diteruskan – Datuk Seri Mohamad Hasan

Langkawi: Kerajaan memutuskan meneruskan pelaksanaan projek perolehan Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV) Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bermasalah sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan meletakkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) selaku kontraktor utama pembinaan, dijadikan sebagai anak syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Katanya, keputusan meneruskan pembinaan lima LCS terbabit juga dibuat kerana segala peralatan terutamanya set enjin, turbin, generator, kotak gear, shaft dan propeller sudah diperolehi.

“Kementerian Pertahanan dan BNS telah memeterai Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam hari ini, bagi meneruskan pembinaan lima kapal LCS yang akan diberi tumpuan sepenuhnya.

“Selaras perkembangan ini, Kementerian Pertahanan, TLDM dan BNS akan bersama melangkah ke hadapan dalam memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.

“Perolehan ini penting dalam meningkatkan keupayaan armada TLDM bagi memelihara kedaulatan perairan negara,” katanya pada sidang media sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) di sini, hari ini.

Datuk Seri Mohamad (tengah) melihat replika LCS pada LIMA’23 di Langkawi, hari ini. (Sumber foto Kosmo! Online)

Majlis menandatangani perjanjian tambahan berkenaan dilakukan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan; Datuk Seri Muez Abd Aziz yang mewakili kerajaan, manakala BNS diwakili Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pelaksanaan projek LCS akan dipantau PMC yang dipengerusikan secara bersama KSU Perbendaharaan dan KSU Kementerian Pertahanan agar kemajuan projek dapat dipantau semua pihak.

Katanya, laporan berkala dan pembentangan secara berjadual kepada Kabinet mengenai pembinaan LCS perlu dibuat tiga bulan sekali seperti ditetapkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Ini bagi memastikan hasrat membina LCS dapat dicapai dan berjaya seperti dikehendaki TLDM dan Angkatan Tentera Malaysi (ATM) dengan LCS pertama dijangka dapat disiapkan pembinaan pada 2024 dan ditauliah pada 2026.

“Kita tidak ada jalan pintas bagi mempercepatkan pembinaan semua LCS kerana setiap kapal perlu menjalani proses ujian di pelabuhan dan laut selain ujian persenjataan sebelum ia boleh ditauliahkan,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles