Kes menipu program festival raya, Boy Iman fail representasi

KUALA LUMPUR – “Lawan tetap lawan,”

Demikian kata-kata spontan pelakon Boy Iman selepas sebutan kesnya di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung satu program festival raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam pada itu, selebriti itu turut memberitahu akan mengarahkan peguam yang mewakilinya untuk memfailkan representasi terhadap pertuduhan yang didakwa.

Terdahulu semasa prosiding, Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim menetapkan 17 Julai ini bagi pengurusan kes seterusnya Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, dan tiga lagi individu atas pertuduhan itu.

Pada 25 April lalu, Boy Iman, Nor Azmi Jantan, 49, serta dua lagi wanita Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, didakwa telah menipu Siti Wardina Basir, 21.

Keempat-empat tertuduh memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan (booth) atau penyewaan tapak sempena festival Horay X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan RM1,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2.34 pagi pada 19 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Boy Iman bersama tiga lagi individu didakwa menipu Siti Wardina Basir,21 dalam penjualan tapak perniagaan (booth) atau penyewaan tapak sempena festival Horay X Fest Raya

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Terdahulu, dilaporkan Boy Iman dikaitkan dengan penipuan apabila namanya terpalit dalam satu program besar di WTC.

Program jualan raya Hooray x Fest Raya itu sepatutnya berlangsung pada 19 April sehingga 21 April namun telah dibatalkan pada saat akhir.

Bagaimanapun menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.

Beberapa hari selepas didakwa, Boy Iman pernah mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila cuba terjun sebuah jambatan.

Tindakannya itu kemudian tular selepas satu klip video memaparkan situasi itu yang dimuat naik di Instagram jabatannetizennegara20.

Namun, tindakannya untuk terjun terbantut selepas ditarik seorang lelaki dan menenangkannya. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles