fbpx

Siasatan dalaman kematian Dea Maisarah satu prosedur biasa – Menteri Kesihatan

BALIK PULAU: Siasatan dalaman berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital di Selangor adalah prosedur biasa.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata siasatan dalaman itu adalah bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kejadian menimpa Dea Maisarah Bada, 10.

“Seperti saya sebutkan bahawa perkara ini (kematian Dea Maisarah) sudah diserah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan kita dinasihatkan supaya tidak beri sebarang komen sehingga siasatan selesai.

“Daripada segi siasatan dalaman pula, ia adalah prosedur biasa kerana setiap aduan yang diterima, kita mesti jalankan siasatan,” katanya selepas merasmikan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau di sini, hari ini.

Bapa Allahyarhamah Dea Maisarah pernah melahirkan rasa terkilannya pada laporan palsu pihak hospital anaknya telah meninggal dunia sewaktu dibawa ke hospital

Pada majlis itu, Zaliha meluluskan peruntukan tambahan RM200,000 bagi menaik taraf bangunan Jabatan Kecemasan lama hospital berkenaan untuk digunakan sebagai Unit Rehabilitasi dan Klinik Dietatik serta kemudahan lain yang berkaitan.

Pada Ahad lalu media melaporkan, KKM masih menunggu laporan polis berhubung kematian Dea Maisarah yang meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, baru-baru ini.

Setakat ini, Polis Selangor mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes kematian berkenaan iaitu daripada pihak hospital dan satu lagi daripada bapa mangsa.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 Oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles