fbpx

Malaysian Airlines Berhad bakal terima pesawat Boeing 737 Max 8 Ogos ini

PETALING JAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan pesawat Boeing 737 Max 8 (737-8) baharunya bakal tiba pada bulan Ogos ini, yang merupakan sebahagian daripada pelan pemo­denan armada Malaysia Aviation Group (MAG).

Ia merupakan pesawat pertama daripada 25 unit 737-8 baharu MAG yang bakal dihantar sepenuhnya menjelang tahun 2026.

Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem hiburan dalam penerbangan tanpa wayar, MHstudio yang menyediakan pelanggan akses kepada lebih 500 pilihan hiburan atas permintaan, selain pengalaman membeli-belah yang diperibadikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd. Azmi ber­kata, menerusi pesawat baharu tersebut, pihaknya teruja untuk mempersembahkan penumpang de­ngan perjalanan yang meng­asyikkan dan tidak dapat dilupakan.

737-8 baharu itu menampilkan sistem hiburan dalam penerbangan tanpa wayar, MHstudio yang menyediakan pelanggan akses kepada lebih 500 pilihan hiburan atas permintaan, selain pengalaman membeli-belah yang diperibadikan

“Pengenalan pesawat 737-8 baharu kami pada Ogos 2023 bakal menetapkan standard baharu dalam perjalanan udara dengan menggabungkan budaya Malaysia yang terbaik, teknologi canggih dan amalan mampan untuk mencipta pengalaman yang tiada tandingannya.

“Selain rupa luaran yang diperbaharui, setiap aspek reka bentuk kabin telah direka teliti untuk meningkatkan keselesaan penumpang dengan perincian yang bukan sahaja menambah daya tarikan estetik, tetapi juga memberi penghormatan kepada budaya Malaysia yang kaya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

MAG kini memiliki saiz armada sebanyak 100 buah pesawat melalui anak syarikatnya iaitu Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo. (Sumber Kosmo Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles