Adik Sufi Syafrina masih perlu suntikan Zolgensma

SHAH ALAM – Keadaan kesihatan bayi berusia enam bulan, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1 menunjukkan perkembangan baik dan stabil ketika ini.

Bapanya, Mohd Shafiq Idrus, 38, berkata, berdasarkan laporan daripada doktor hasil fisioterapi yang dijalankan di klinik swasta sebelum ini, keadaan bayi itu sudah 90 peratus mampu menggerakkan tubuh badannya termasuk kaki dan tangannya.

 Menurutnya, anaknya itu masih memerlukan suntikan jenis Zolgensma untuk memastikan badannya pulih sepenuhnya.

“Suntikan ubat itu perlu dilakukan sebelum usianya mencecah dua tahun. Usia Sufi Syafrina baru enam bulan, sebab itu doktor sarankan sebelum dua tahun.

“Lebih daripada dua tahun itu, kesihatan bayi akan merosot dan semakin lama merundum. Berat badan akan menurun atau mungkin menyebabkan gangguan kepada kesihatan pada bahagian lain.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob turut melawat adik Sufi Syafrina

Ismail Sabri seeks Health Ministry to help baby Sufi Syafrina who needs  RM9m treatment | Malay Mail “Saya sekeluarga amat menghargai usaha Sinar Harian membantu kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada 23 Julai, akhbar ini melaporkan, Sufi Syafrina yang didiagnosis menghidap penyakit genetik jarang berlaku memerlukan bantuan sebanyak RM9 juta bagi menampung kos perubatan.

Pada Selasa, Sinar Harian melancarkan tabung bagi mengumpul dana untuk membantu Sufi Syafrina yang menghidap penyakit genetik berkenaan dan memerlukan suntikan jenis Zolgensma untuk pulih.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, tabung berkenaan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti atas dasar kemanusiaan.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf: 564276-529068 – Tabung Bantuan Sufi Syafrina. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles