Mane sertai Al-Nassr bakal bergandingan dengan Ronaldo

RIYADH: Sadio Mane sedia bergandingan dengan pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo selepas menandatangani kontrak bersama Al-Nassr pagi tadi.

Pemain Terbaik Afrika dua kali itu muncul bintang berprofil tinggi terbaharu menyertai Liga Pro Saudi yang kaya raya.

“Saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada anda, dan tidak sabar untuk bertemu kalian,” kata Mane dalam video yang ditujukan kepada penyokong Al-Nassr.

Selepas mengharungi semusim yang mengecewakan di Bayern Munich, penyerang Senegal itu menyertai Al-Nassr dengan yuran perpindahan sekitar 30 juta euro (RM150 juta) dan menandatangani kontrak tiga tahun.

Bekas bintang Liverpool itu dikatakan menikmati gaji 40 juta euro (RM198 juta) setahun, selain 10 juta euro (RM49.6 juta) bonus berdasarkan keputusan.

Mane, 31, sebelum ini menyatakan kekesalannya kerana meninggalkan Bayern ketika masih berbaki dua tahun kontrak di Bavaria.

Mane menandatangani kontrak 3 tahun bersama Al-Nassr

“Meninggalkan begitu Bayern meluluhkan hati saya kerana aya mengharapkan penamat yang berbeza,” katanya kepada Sky Germany.

Mane membawa harapan besar ketika berpindah ke Bayern tahun lalu selepas mengumpul 120 gol dalam 269 perlawanan bersama Liverpool dan turut memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan Piala Dunia Kelab.

Dia menjadi tonggak serangan Reds, namun gagal mengulangi kehebatan di Bayern, dan  memburukkan lagi keadaan, Mane bergaduh dengan rakan sepasukan, Leroy Sane.

Mane menumbuk pemain sayap Jerman itu – kesalahan yang menyebabkan dia didenda dan digantung perlawanan.

Mane mempunyai purata 20 gol semusim dalam lima kempen terakhirnya bersama Liverpool namun hanya meledak 12 gol buat Bayern.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Sadio Mane kerana sumbangannya musim lalu,” kata ketua pegawai eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen kepada laman web kelab.

Mane menyertai Al-Nassr yang semakin mengukuhkan kedudukan sejak kehadiran Ronaldo musim lalu.

Kelab Liga Pro Saudi itu, yang muncul naib juara musim lalu, mengikat pemain tengah Marcelo Brozovic dari Inter Milan dan Seko Fofana dari Lens manakala pertahanan kiri Alex Telles turut hadir dari Manchester United. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles