fbpx

Tewaskan Shahab Al-Ahli, Al-Nassr layak ke Liga Juara-Juara Asia

RIYADH: Al-Nassr yang diterajui Cristiano Ronaldo, layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia selepas bangkit menewaskan Shabab Al-Ahli di Riyadh semalam.

Kelab Liga Pro Saudi itu meledak tiga gol di akhir permainan untuk kemenangan 4-2 di Mrsool Park, dengan pemain Brazil, Anderson Talisca meledak dua gol dan pemain Croatia, Marcelo Brozovic memastikan kemenangan.

Nassr, naib juara liga musim lalu, mara ke peringkat kumpulan kejohanan yang akan bermula bulan depan.

Ronaldo, pemenang lima kali Liga Juara-Juara Eropah, akan membuat penampilan sulung di kejohanan tertinggi Asia itu selepas menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lalu.

Cristiano Ronaldo (kiri) dan para pemain Al Nassr merayakan gol atas Shahab Al Ahli

Nassr membuka jaringan pada minit ke-11, apabila Talisca menanduk bola sepakan sudut Brozovic.

Bagaimanapun Yahya Al-Ghassani menyamakan kedudukan untuk juara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al-Ahli tujuh minit kemudian.

Ronaldo, 38, kecewa apabila dua kali peluangnya untuk mendapat sepakan penalti di babak pertama tidak diendahkan pengadil.

Seminit selepas rehat, Al-Ghassani melepasi benteng Nassr dan melambung bola melepasi Nawaf Al-Aqidi untuk meletakkan Shabab Al-Ahli di depan.

Nassr menyamakan kedudukan ketika tempoh permainan sebenar hanya berbaki dua minit, apabila tandukan Sultan Al-Ghannam terkena Walid Abbas untuk gol sendiri.

Kebangkitan Nassr disempurnakan pada minit kelima masa kecederaan, hasil tandukan Talisca. Kemudian Ronaldo membuat umpanan untuk jaringan Brozovic. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles