fbpx

CVR rosak teruk : Peluang kenal pasti punca nahas Elmina tipis

SHAH ALAM – Negara mungkin berdepan peluang tipis untuk mengetahui punca tepat nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu sekiranya data perakam suara kokpit (CVR) mengalami kerosakan teruk.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, sekiranya fasa mengeluarkan data daripada CVR itu gagal dibuat walaupun telah dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS), maka perkara yang boleh dilakukan hanyalah andaian.

“Sekiranya CVR berjaya diekstrak, maka kita dapat memperoleh maklumat bermula pesawat berlepas dari Langkawi sehingga nahas berlaku.

“Untuk mengetahui punca tepat, ia memang memerlukan CVR. Jika tidak, hanya andaian dibuat berdasarkan maklumat kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Keadaan CVR yang rosak teruk sehingga menyukarkan proses untuk mendapatkan data rakaman suara 30 minit terakhir pesawat yang terlibat dalam nahas di Elmina sehingga mengorbankan 10 nyawa. – (Sumber Gambar Harian Metro Online)

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan CVR di pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) berkenaan gagal diekstrak pihak makmal di Singapura.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia akan dihantar ke kilang pengeluar di Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat.

. Nik Ahmad Huzlan menjelaskan, CVR mempunyai beberapa jenis mengikut tahap kecanggihan sesebuah pesawat.

“CVR ada beberapa jenis dan pesawat yang terhempas ini dikategorikan kapal terbang kecil.

“Dari segi perundangan, tahap kecanggihan CVR pada pesawat mungkin kurang,” ujarnya.

Sementara itu, pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, sekiranya CVR gagal untuk diesktrak, masih ada cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca nahas iaitu melalui penelitian secara mikro dan makro terhadap bahagian penting pesawat.

Katanya, ia termasuk kaedah seperti X-ray dan metalurgi untuk mencari tanda-tanda seperti kelemahan serta kegagalan mana-mana bahagian. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles