Liverpool Atasi Newcastle United walau bermain dengan 10 orang

NEWCASTLE: Jurgen Klopp berkata, kebangkitan Liverpool dengan 10 orang pemain di Newcastle adalah kemenangan terbaik baginya sebagai pengendali – perlawanan dramatik yang belum pernah dialaminya.

Darwin Nunez meledak dua gol di akhir permainan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian Liverpool, yang kehilangan Virgil Van Dijk di babak pertama kerana mengasari Alexander Isak dan ketinggalan hasil jaringan bekas pemain Everton, Anthony Gordon.

Klopp, yang tampak tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil di sepanjang permainan, berkata ia adalah kemenangan terbaiknya sepanjang dua dekad menjadi pengendali.

Jurgen Klopp menganggap kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United kemenangan terbaik kerana anak buahnya bermain dengan 10 orang

“Ia lebih sukar daripada perlawanan Barcelona (Liverpool bangkit daripada kekalahan 3-0 pada aksi pertama timbal balik). Dalam 1,000 perlawanan sebagai jurulatih, saya tidak pernah mempunyai perlawanan sebegini.

“Dengan 10 pemain dalam suasana seperti ini dan lawan begini, saya pasti ia tidak pernah berlaku. Saat ini adalah jarang-jarang berlaku dan amat istimewa.

“Ketika rehat saya beritahu kepada pemain-pemain yang saat ini mungkin boleh jadi sesuatu yang kita boleh ceritakan kepada cucu-cucu kita. Kita tidak boleh dibolosi gol kedua, Trent (Alexander-Arnold) tidak boleh dapat kad kuning kedua – dan kita akan mempunyai peluang,” kata Klopp.

Menurut Klopp, penjaring gol kemenangan, Nunez amat bersemangat untuk beraksi selepas tidak memulakan permainan dan menggunakan peluang ini untuk membuktikan keupayaannya.

Pemain Liverpool ceria menjaringkan gol menentang Newcastle United

“Dia tidak gembira tetapi anda tidak boleh mempunyai lebih daripada 11 pemain bermain sepanjang masa, jadi anda memerlukan kestabilan. Pemain-pemain tidak gembira. Kami perlu mencipta cara baharu bermain bola sepak dan Darwin boleh menjadi tonggak penting kepadanya,” katanya.

Klopp juga berang dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Van Dijk. Pengendali dari Jerman itu berkata kesalahan dilakukan pemain pertahanan itu terlalu ringan.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe kecewa pasukannya tewas kepada lawan yang beraksi dengan 10 pemain.

“Ia sama seperti perlawanan di Anfield tahun lalu (kekalahan di saat akhir). Saya rasa pemain-pemain beraksi dengan baik, permulaan yang bagus.

“Gol kedua (untuk Newcastle) akan mengubah segalanya dan kami gagal mendapatkannya. Apabila Nunez masuk, mereka mencari satu gol dan mendapat dua,” kata Howe. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles