fbpx

Manchester United tewas di Emirates

LONDON – Pasukan Arsenal mempamerkan kebangkitan dramatik apabila meraih kemenangan 3-1 ke atas seteru tradisi, Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Eddie Nketiah, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli.

Sementara itu, pasukan The Red Devils bimbingan Erik Ten Hag pula kekal dengan ramuan yang sama apabila Marcus Rashford, Antony Martial dan Bruno Fernandes dalam kesebalasan utama.

Skuad tuan rumah dilihat lebih banyak mendominasi sebahagian besar perlawanan pada 20 minit pertama tetapi gagal menguji pertahana lawan.

Bukayo Saka dan Harry Maguire dalam perebutan bola

United mencipta kejutan apabila meraih gol pembukaan hasil ledakan Rashford menerusi gerakan serangan balas pantas pada minit-26 selepas menerima hantaran Christian Eriksen.

Namun, kegembiraan United tidak bertahan lama apabila kapten Arsenal, Martin Odergaard berjaya menyamakan kedudukan apabila menyudahkan umpanan Martinelli berselang seminit kemudian.

Arsenal dihadiahkan sepakan penalti pada awal babak kedua selepas Kai Havertz dijatuhkan tetapi dibatalkan oleh pengadil selepas meneliti video bantuan pengadil (VAR).

Tuan rumah terus mengasak kubu lawan dengan Saka meraih peluang terbaik untuk meraih gol kemenangan tetapi rembatan yang dilakukan pada minit ke-83 berjaya ditepis oleh penjaga gol, Andre Onana.

Declan Rice meraikan gol kedua Arsenal

Gol kemenangan yang ditunggu akhirnya tiba pada masa kecederaan selepas Rice meledak gol hasil daripada sepakan penjuru untuk meletakkan keputusan 2-1 buat Arsenal.

Kemenangan Arsenal akhirnya terjamin apabila penyerang gantian, Gabriel Jesus meledak gol ketiga sebelum wisel penamat ditiupkan dengan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles