Percutian ke bali Indonesia bertukat ngeri!

Begitulan yang dialami seorang rakyat Malaysia ini apabila dia sakit secara mengejut dan kini terkandas di negara jiran tersebut.

Senang disapa sebagai Ira atau nama sebenarnya Nur Athirah Talib, 36, dia pada mulanya mengadu rasa sakit dada sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Bercerita kepada mStar, sahabatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy berkata ketika kejadian, Ira sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali untuk berangkat pulang ke Malaysia.

Dia datang bercuti ke Bali dengan rakan sekerjanya pada 3 September dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 September, percutian untuk sambut birthday Ira, tapi tak sangka macam ni pula jadinya.

“Waktu Ira tiba-tiba mengadu sakit dada, kawan-kawan dia terus dapatkan pihak berkuasa di airport tu, minta pasukan perubatan cepat datang.

Wanita kritikal terkandas di hospital Bali, perlu bantuan rakyat Malaysia -  “Baru tahu ada sakit jantung sejak lahir” - Viral | mStar
Ira bersama rakannya yang dikenali sebagai Cindy bercuti di Bali sempena menyambut ulangtahun kelahiran Ira

Keadaan Ira semakin lemah dan denyutan jantung dia berhenti. Pasukan perubatan cuba buat resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Apabila keadaan Ira dah stabil sedikit, dia dibawa ke BIMC Hospital Kuta Bali, sebuah hospital swasta berhampiran airport untuk rawatan lanjut,” kata Cindy yang mula mengenali Ira pada 2014 dan kekal akrab semenjak itu.

Ketika ini, Ira masih belum sedarkan diri dan sedang dipantau rapi oleh ahli perubatan hospital berkenaan kerana keadaannya yang kritikal.

“Apabila doktor di hospital tu check, baru dapat tahu yang Ira sebenarnya menghidap Wolf-Parkinson-White (WPW), satu penyakit berkaitan jantung yang wujud sejak kelahiran.

“Tapi Ira sebelum ini sihat je, tak pernah pula dia tunjuk apa-apa masalah kesihatan, mungkin sekarang baru nampak kot.

“Doktor beritahu harapan sembuh tu ada tapi untuk kembali sihat seperti sedia kala, itu tak pasti lagi,” kata Cindy lagi yang pernah bekerja bersama Ira di sebuah kedai barangan kemas sebelum ini.

Keluarga dan kenalan terdekat menyimpan harapan besar untuk membawa Ira pulang ke Malaysia agar dapat dirawat di tanah air sendiri, namun terhalang kerana memerlukan kos perbelanjaan yang besar.

Wanita kritikal terkandas di hospital Bali, perlu bantuan rakyat Malaysia -  “Baru tahu ada sakit jantung sejak lahir” - Viral | mStar
Ira memerlukan kos kira-kira RM160,000 untuk membawanya pulang ke Malaysia

“Ira tidak boleh dibawa pulang begitu sahaja kerana keadaannya yang tenat, dia memerlukan helikopter ambulans dan doktor pengiring agar perjalanannya pulang ke Malaysia selamat.

Tapi semua itu memerlukan kos yang banyak, anggaran dalamRM160,000.00 itu tidak termasuk lagi kos harian rawatan hospital, bil setakat 10 September dah sekitar RM60,000.00.

“Lagi lama di sini (Bali) akan lagi mahal. Ira juga tidak mengambil sebarang travel insurance untuk memberikan perlindungan kepadanya.

“Kami hanya mahu Ira pulang ke Malaysia, ke rumahnya tapi kewangan kami terbatas,” kata Cindy buntu.

Cindy dan rakan-rakannya ada cuba meminta derma kilat, namun jumlah yang berjaya dikumpulkan setakat ini belum memadai.

“Dana yang berjaya dikumpukan setakat ini baru mencecah RM63,000. Masih banyak yang diperlukan untuk bawa Ira pulang ke tanah air.

“Saya, rakan-rakan dan keluarga Ira sedang berusaha bertungkus lumus, sebarang bentuk bantuan sangat kami alu-alukan. Mohon bantu kami, sesiapa sahaja pun.” kata Cindy.

Difahamkan Ira bekerja sebagai moderator untuk satu platform digital.

Untuk maklumat lanjut atau urusan menyalurkan bantuan, boleh hubungi adik Ira,Shaqina di talian 013-6322827. (Sumber M-Star Online)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here