Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Berita pemergian Raymond disahkan keluarga Allahyarham dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar hari ini.
Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.
Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. (Sumber Astro Awani Online)