Pelajar Tingkatan Lima urus ibu hidap barah payu dara sebelum ke sekolah

CHANGLUN: Sejak tiga tahun lalu menjadi rutin harian Muhammad Imran Mohd Adnan, menguruskan ibunya yang terlantar akibat kanser payu dara tahap empat sebelum ke sekolah.

Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Januari tahun depan, anak kedua daripada empat beradik berusia 17 tahun itu perlu bijak membahagikan antara mengulangkaji pelajaran dan menguruskan ibunya, Hazalina Md Arof, 45.

Muhammad Imran berkata, setiap pagi selepas solat Subuh dia akan membuat sarapan, memberi ubat dan menukar lampin pakai buang ibunya sebelum dijemput rakan di rumahnya di Kampung Lorong Kolam Ikan, Jalan Changlun, di sini untuk ke sekolah.

“Pulang dari sekolah, saya uruskan makan tengahari serta menukar lampin pakai buang dan mengurut badan ibu.

“Abang (Muhammad Iqbal, 20) di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Perlis dan apabila dia pulang cuti semester, dia ambil alih tugas saya. Manakala bapa (Mohd Adnan Jalaludin, 52) pula keluar berniaga sate di Kodiang setiap hari sejak pagi hingga malam untuk menyara kami sekeluarga,” katanya.

Bakal menduduki SPM tahun hadapan, Muhammad Imran Mohd Adnan menjaga ibunya, Hazalina Md Arof yang terlantar akibat barah payu dara sebelum ke sekolah setiap hari (Sumber Gambar – Berita Harian Online).

Menurut Muhammad Imran, jika ada permintaan, dia akan melakukan kerja sampingan seperti mesin rumput dengan memperoleh pendapatan antara RM30 hingga RM50.

Katanya, dia bersyukur kerana rakan sekelasnya prihatin dengan masalah yang dihadapinya dan mereka datang ke rumah menghantar tugasan yang diberi oleh guru jika dia tidak hadir ke sekolah.

“Sebelum ini saya tak pergi ke sekolah hampir dua bulan sebab tak ada siapa nak uruskan emak tapi sekarang kena kena pergi sekolah tiap hari disebabkan SPM hanya tinggal lebih sebulan lagi,” katanya.

Muhammad Imran mempunyai dua adik yang lain iaitu Muhammad Ilyas, 11, dan Muhammad Ilham, 5, yang masing-masing sudah bersekolah.

Hazalina berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu sejak 2020 selepas terdapat ketulan di ketiak kanan yang pada mulanya disangka ketulan biasa.

Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal turut mengunjungi Hazalina sambil memberi sumbangan berupa kerusi roda, susu formula dan lampin pakai buang

“Selepas menjalani pemeriksaan ketika itu, doktor mengesahkan saya menghidap barah payu dara dan perlu menjalani rawatan kemoterapi dengan segera.

“Namun saya sempat menjalani tiga pusingan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berhenti rawatan itu pada tahun 2021 disebabkan ibu saya sakit waktu itu.

“Namun tahun lalu, berlaku pendarahan pada ketulan di ketiak kanan menyebabkan saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis dan doktor meneruskan balik enam pusingan kemoterapi pada waktu itu,” katanya.

Hazalina berkata, dia kemudian mendapatkan pemeriksaan pakar di HPP dan menjalani enam lagi pusingan kemoterapi serta lima kali radioterapi.

“Kini tangan kiri saya sakit dan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati sel barah bertambah di tulang belakang.

“Saya kini hanya bergantung sepenuhnya pada ubat morfin untuk mengurangkan sakit,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantunya boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank 152068615972 milik Hazalina.

Terdahulu Hazalina dikunjungi Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi pesakit itu menyampaikan sumbangan kerusi roda, susu formula khas, lampin pakai buang dan wang tunai untuk kegunaannya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles