fbpx

Sancho digesa minta maaf dengan Ten Hag

LONDON: Jadon Sancho digesa supaya menamatkan perbalahannya dengan Erik ten Hag seberapa segera.

Rakan sepasukannya di Manchester United yang sudah bosan berjumpa dengan pemain sayap itu mengenai pertelingkahannya dengan pengurus pasukan.

Jauh daripada bersimpati dengan nasib Sancho, majoriti pemain dalam skuad itu makin muak dengan situasi itu.

Mereka menyalahkan pemain itu dan memberitahunya dia bersalah dan perlu memohon maaf kepada bos dari Belanda itu dan kembali menjalani latihan seperti biasa dengan pasukan utama.

Rakan sepasukan meminta Jadon Sancho untuk meminta maaf dengan Erik Ten Hag untuk menamatkan perbalahan antara keduanya

Staf senior juga memberitahunya dia boleh menyelesaikan masalah itu serta-merta jika dia mahu.

Ten Hag mendapat kepercayaan penuh ahli lembaga pengarah Old Trafford mengenai perbalahan itu.

Mereka turut beranggapan pemain itu bersalah dan mesti meminta maaf kepada pengurus kerana menuduhnya sebagai penipu dalam satu hantaran di media sosial.

Ten Hag memberi alasan ketiadaan Sancho dalam skuad utama ketika kalah di Arsenal pada 3 September lalu adalah disebabkan tahap buruknya ketika latihan.

Namun Sancho membalas di media sosial: “Tolong jangan percaya dengan setiap apa yang anda baca! Saya tidak benarkan orang memperkatakan perkara ini kerana ia jelas tidak benar, saya menjalani latihan dengan amat baik minggu ini.

“Saya percaya ada alasan lain di sebalik perkara ini yang tidak akan saya dedahkan, saya sudah menjadi kambing hitam buat sekian lama jadi ia tidak adil!”

Sekalipun dia memadam hantaran itu, segala-galanya sudah berlaku dan dia diharamkan daripada skuad utama. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles