fbpx

Zidane dikaitkan sebagai pengganti Ten Hag

LONDON: Impian utama Jim Ratcliffe adalah menjadikan Zinedine Zidane sebagai pengurus tetap Manchester United berikutnya di kelab itu, menurut beberapa laporan.

Pelabur baharu yang baru-baru ini memegang 27.7 peratus saham di kelab itu dengan nilai £1.3 bilion (RM7.84 bilion) sudah mula melakukan perubahan di belakang tabir di Old Trafford.

Ratcliffe dan pasukannya INEOS sudah melantik eksekutif Manchester City, Omar Berrada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu kelab itu dan cuba memancing Dan Ashworth dari Newcastle dengan harapan menjadikannya sebagai pengarah sukan.

Erik ten Hag kini memegang kerusi panas pengurus di kelab juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu namun tekanan semakin memuncak buatnya susulan Ratcliffe mungkin menggantikannya pada musim panas akan datang.

Zidane adalah pengganti ideal buat Ten Hag dan kelab itu dikatakan berminat untuk membawa warga Perancis itu ke Old Trafford jika beliau mahukan tugas itu, seperti dilapor Foot Mercato.

Tempat Erik ten Hag sebagai jurulatih Manchester United dikhabarkan bakal digantikan dengan jurulatih baru dan nama Zinedine Zidane dikatakan disebut oleh Jim Ratcliffe

Isu utama membelenggu United adalah Zidane berkali-kali menolak cubaan daripada kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya sejak meninggalkan Real Madrid bagi tempoh keduanya sebagai pengurus di kelab itu tiga tahun lalu.

Madrid kekal satu-satunya kelab pernah dikendalikan Zidane sejak bersara daripada karier pemain pada 2006 selepas Piala Dunia FIFA tahun itu.

Legenda berusia 51 tahun itu memulakan karier pengurusannya bersama pasukan B Real Madrid sebelum dinaikkan pangkat ke pasukan utama pada 2016 dan dilantik sekali lagi pada 2019.

Kejayaan cemerlang Zidane mengemudi Madrid antaranya memenangi dua kejuaraan La Liga Sepanyol dan dua Piala Super Sepanyol serta tiga Liga Juara-Juara.

Tempoh keduanya sebagai pengurus di ibu negara Sepanyol itu berakhir dengan kekecewaan ketika Zidane mahu meninggalkan kelab itu susulan perebutan kejuaraan liga yang menyaksikan Madrid tewas kepada Atletico pada hari terakhir musim. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles