fbpx

Aidilfitri: Dua NGO bergabung raikan mualaf, pesilat lincah

PERMATANG PAUH – Lebih 300 orang termasuk kalangan mualaf dan para pesilat lincah hadir dalam Majlis Silaturahim Aidilfitri Antara Gelanggang-gelanggang Silat Lincah Pulau Pinang di sini.

Program anjuran Pertubuhan Silat Lincah Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Bersatu Malaysia (Penawar) itu diadakan di pekarangan Surau Taman Cermai dekat sini yang diturut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti setempat melibatkan pelbagai kaum.

Selain pelbagai hidangan makanan tradisional seperti rendang dan ketupat, turut diadakan ialah demonstrasi pertahanan diri silat lincah.

Pengerusi Pertubuhan Silat Lincah Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim berkata, majlis Aidilfitri itu antara  lain bagi meraikan komuniti mualaf dan para pesilat lincah.

Sebanyak 12 orang mualaf yang telah memeluk Islam pada tahun ini hadir pada majlis tersebut.

“Harapan kita, majlis seumpama ini dapat memberi gambar mengenai komuniti mualaf dan para pesilat lincah.

“Bagi Pertubuhan Silat Lincah, kami mahu masyarakat memahami bahawa ia bukan sahaja berkaitan seni pertahanan diri, malah pertubuhan ini juga banyak terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan dalam membantu masyarakatt tanpa mengira kaum,” katanya.

Turut  hadir, Presiden Penawar, Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz.

Di samping itu, majlis Aidilfitri itu turut melibatkan pengisian solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

“Pada kesempatan ini, para pesilat turut memberi tunjuk ajar kepada kalangan mualaf  termasuk dalam soal mengambil air wuduk dan cara-cara mendirikan solat.

“Kita mahu, kalangan mualaf merasakan bahawa mereka tidak pernah disisihkan oleh komuniti setempat dalam soal agama Islam,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles