Kerajaan negeri janji bantu Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan

PULAU PINANG –  Majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-70 Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan (FSD)  yang dihadiri lebih 1,200 tetamu terdiri daripada alumni sekolah berkenaan dan komuniti orang pekak, telah memberi harapan baharu apabila kerajaan negeri membuat pengumuman mengejut iaitu menjanjikan akan turus membantu sekolah berkenaan.

Harapan baharu itu dijanjikan susulan ucapan Pengurusi Alumni FSD yang juga Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Rueen yang merayu di hadapan tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah merangkap Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang,  Zairil Khir Johari.

Shin Rueen berkata, FSD perlu dibantu kerana jasanya amat besar dalam melahirkan ramai orang pekak berpengetahuan dan berkemahiran hingga berjaya menjalani kehidupan yang lebih baik dengan pekerjaan sesuai.

“Saya merayu agar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus membantu keperluan FSD kerana di sinilah tempat komuniti orang pekak mendapatkan kemahiran dan ilmu,” katanya.

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (lima dari kiri), Zairil Khir Johari (enam dari kanan) dan Ong Shin Ruenn (empat dari kiri) bersama komuniti orang pekak termasuk empat pelajar pekak cemerlang SPM di Pulau Pinang.

Susulan ucapan itu, Zairil dalam ucapan balasnya berkata, kerajaan negeri tidak akan lepas tangan dan berjanji untuk terus membantu FSD.

“Sekolah ini ada sejarahnya tersendiri dengan bapa saya, Allahyarham Mohd. Khir Johari yang merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia.

“Allahyarham bapa saya begitu senonim dengan FSD. Malah pada 1967 pernah  meletakkan batu asas bagi kerja-kerja pembinaan setelah masalah setinggan di kawasan tanah milik pihak sekolah berjaya diselesaikan.

“Malah, ekoran itu, FSD telah diambil alih oleh kerajaan dan menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan.

“Susulan rayuan Pengerusi Alumni FSD, Ong Shin Ruenn, saya mewakili kerajaan negeri berjanji akan membantu FSD mengikut keperluan semasa,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Pada majlis makan malam itu, Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang turut menyampaikan anuegerah khas kepada pelajar-pelajar orang pekak yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajar Malaysia (SPM).

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles