Iftar  Jamaie  Perdana Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas berjaya tarik 1,200 kariah

KUANTAN – Lebih 1,200 penduduk yang turut  melibatkan  ahli keluarga masing-masing menyertai program Iftar Perdana di Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas,  di sini.

Pada program tersebut, penduduk berbuka puasa dengan makanan  yang disediakan dalam dulang dan mengikut kelompok ahli keluarga masing-masing.

Kariah wanita mengambil makanan dalam progam Iftar Jamaie Perdana Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas, Kuantan, Pahang.

Selain berbuka puasa  di bawah konsep  ‘Iftar Bersama Keluarga dan Kejiranan’,  pengurusan masjid turut menyampaikan duit raya kepada 300 kanak-kanak.

Tengku Uzir Tengku Ubaidillah (dua dari kiri) dan Izudin Muhamad Amir (tiga dari kiri) bersama kariah di Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas, Kuantan, Pahang.

Pengerusi masjid, Izudin Muhamad Amin memberitahu, penduduk yang menyertai iftar perdana itu melibatkan 17  kejiranan di Kotasas.

Jelasnya,  antara tujuan penganjuran iftar perdana itu ialah bagi  memupuk persefahaman dan kerjasama antara penduduk dalam setiap program  dengan  menjadikan Masjid  Imam Ash-Shafie sebagai pusat  kesatuan.

“Bermula awal  Ramadan lagi, kita memang ada iftar yang disertai kira-kira 500  orang  setiap hari tetapi kali ini kita adakan yang lebih besar dengan penyertaan kira-kira 1,200 orang.

Sebahagian kanak-kanak beratur menerima duit raya pada program Iftar Jamaie Perdana Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas, Kuantan, Pahang.

“Setiap keluarga penduduk Kotasas akan membawa ahli keluarga masing-masing bagi merapatkan  kerjasama selain dapat mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Turut hadir  Penasihat Masjid Imam Ash-Shafie, Tengku Datuk Seri Uzir  Tengku Ubaidillah.

Sementara itu, seorang penduduk,  Ahmad Zainul, 30, yang datang bersama isteri  serta dua anaknya, merasakan program berkenaan sesuatu yang amat bermakna serta memberi  impak besar.

Ahmad Zainul bersama isteri dan anak-anaknya termasuk anak-anak dari jirannya dalam program Iftar Jamaie Perdana Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas, Kuantan, Pahang.

“Masa inilah kita semua dapat berkenalan antara satu sama lain kerana kawasan kejiranan Kotasas ini amat luas hingga kita jarang bertemu.

Sebahagian pengurusan Masjid Imam Ash-Shafie Kotasas (MIASK) termasuk sukarelawan Briged MIASK) Cakna yang menjayakan program Iftar Jamaie Perdana di Kotasas, Kuantan, Pahang.

“Apabila ada program seperti ini ia memberi manfaat besar kepada semangat kejiranan.  Amat penting  terutama bagi anak-anak untuk mendapat kawan-kawan baharu semasa  program ini,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles