Majlis Aidilfitri Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) disambut meriah

KUALA LUMPUR – Lebih 150 orang terutama dari kalangan orang pekak hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di pejabat persekutuan itu di Puchong dekat sini.

Lebih menarik apabila sambutan itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Senator Isaiah Jabob,  selain ahli-ahli keluarga golongan orang pekak.

Wong Chen (empat dari kiri) bersama Isaiah Jacob (dua dari kanan) memotong kek sambutan Aidilfitri anjuran MFD di Puchong, Selangor.

Seperti biasa, majlis Aidilfitri itu turut disajikan dengan juadah tradisional terutama sate dan rendang.

Turut  hadir ialah Penasihat MFD, Mohamad  Sazali Shaari  dan Presiden MFD, Mohd. Norhisham Aluwi serta ahli-ahli majlis MFD.

Bagi kalangan kanak-kanak dari keluarga orang pekak, suasana bertambah meriah apabila mereka menerima duit raya yang disampaikan oleh Mohd. Norhisham.

Majlis yang bermula 11 pagi dan berakhir 4 petang itu menjadi tempat untuk kalangan orang pekak bertemu dan bertanya khabar antara mereka.

Sementara itu, Wong pada majlis berkenaan berharap lebih banyak program dan aktiviti anjuran MFD bersama masyarakat diadakan.

Malah, beliau berkata, antara perkara boleh dilakukan termasuk perlawanan sukan persahabatan dan sebagainya.

Isaiah pula berkata, majlis Aidilfitri anjuran MFD itu berjaya merapatkan hubungan sesama kaum dan juga antara orang kurang upaya, ahli keluarga mereka serta orang normal.

“Teruskan aktiviti seperti ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles