Ditahan ‘rembat’ duit suami lebih RM500,000

MELAKA – Seorang wanita ditahan disyaki mencuri wang tunai lebih RM500,000 dan barangan kemas milik suami dan mentuanya di rumah mereka di Taman Permatang Pasir Perdana, Alai, di sini Rabu lalu.

Wanita berusia 37 tahun itu ditahan, susulan laporan dibuat suaminya 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata suami suspek menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang berlesen menyedari kehilangan wang tunai dan barangan kemas miliknya dan ibu selepas pulang dari Kuala Lumpur ke rumah itu pada 4 Januari lalu.

“Ketika memeriksa dua peti besi miliknya sekitar jam 6.30 petang di tingkat dua dan tiga, pengadu terkejut mendapati wang tunai hasil perniagaan harian berjumlah kira-kira RM520,000 lesap.

“Pengadu berusia 35 tahun mendakwa dalam dua peti besi itu ada wang tunai tidak diketahui jumlah dan barang kemas ibunya.

“Disebabkan tiada kesan kerosakan pada kedua-dua peti besi, lelaki itu mengesyaki wang tunai dan barang kemas dicuri isterinya sendiri sebelum membuat laporan di Balai Polis Kandang, pada jam 11.42 malam hari sama,” katanya hari ini.

Christopher berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menjalankan siasatan sebelum menahan suspek pada 25 Januari.

Katanya, wanita itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Chengal 4, Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 9 malam yang kemudian direman selama dua hari bermula Khamis lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal, suspek mendakwa ada memulangkan wang tunai RM280,000 kepada iparnya dan dia turut membuat laporan di Balai Polis Kandang menafikan terbabit dalam kes yang disiasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles