PETALING JAYA – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal ditawar kerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar bersama Khairy di akaun rasmi Facebooknya sekali gus mengundang pelbagai tanda tanya terutama dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” kata TMJ.
Hantaran itu rata-rata mengejutkan orang ramai dan masing-masing memberikan reaksi positif jika berita itu adalah benar.
Dalam pada itu, di InstaStory Khairy, beliau turut berkongsi semula gambar yang dimuat naik oleh Tunku Ismail dengan kapsyen seakan-akan menjawab kepada tanda tanya tersebut.
“Satu pintu tutup, pintu lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Khairy merupakan antara nama-nama besar yang dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam semalam.