fbpx

Main cinta dengan isteri orang, peniaga cedera dipukul

JEMPOL – Gara-gara dituduh menjalinkan hubungan dengan isteri orang, seorang peniaga bukan sahaja cedera akibat dipukul malah kerugian wang lebih RM15,000 selepas dikebas suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian Isnin lalu, peniaga berusia 20-an itu dipukul dengan penyapu dan getah paip ketika dipanggil ke rumah suspek selepas hubungan tersebut terbongkar.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan wanita berkenaan melalui aplikasi WhatsApp sejak dua bulan lalu sebelum menjalinkan hubungan istimewa.

Bagaimanapun, hubungan berkenaan dihidu suami wanita itu dan peniaga itu kemudian diminta datang ke rumahnya.

Kata sumber, sebaik peniaga itu sampai di rumah suami wanita berkenaan pada kira-kira 1 pagi, dia dipukul oleh suami wanita dan lima ahli keluarganya.

Lelaki berkenaan dipercayai dipukul dengan penyapu, batang cangkul dan getah paip pada badan serta kepala, selain ditumbuk pada bahagian mata.

Suami wanita itu kemudian meminta kad bank dan nombor PIN milik lelaki itu sebelum mengeluarkan wang berjumlah RM15,000.

Sumber berkata, enam suspek berusia 17 hingga 28 tahun itu sudah ditangkap polis dan direman bermula 24 Januari lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 akta yang sama.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles