Ditumbuk tiga kali oleh Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada kena 10 jahitan

Kuala Lumpur : “Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak”.

Ini kata isteri pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang mengesahkan ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali hingga menerima 10 jahitan di pipi kirinya, semalam.

Nurul Shuhada ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya atas kekerasan yang berlaku.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mereka dalam kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Nurul Shuhada kemudian laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, jam 6.30 pagi semalam.

Selepas apa yang berlaku saya tidak akan berdiam diri. Selepas menerima lebih 10 jahitan, doktor turut memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuhada, dia juga ingin berpesan kepada wanita didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangganya, Athira Yuhada supaya tidak berbohong dengan hubungan yang masih terjalin.

“Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan,” katanya.

Ditanya adakah kedua-dua anaknya sudah mengetahui mengenai insiden yang menimpa dirinya, Shuhada berkata, mereka belum dimaklumkan perkara itu.

“Anak-anak tidak tahu yang bapanya tumbuk saya. Mereka ketika ini berada di Perlis dan dijaga oleh ibu bapa saya.

“Saya kini menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Saya sepatutnya datang ke sini sekejap saja atas urusan kerja tapi tak sangka lain pula yang jadi,” katanya.

Menurut Shuhada, selepas apa yang berlaku dia nekad untuk berpisah dengan Hafidz dan berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac ini akan berlangsung dengan baik.

“Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini dan saya mohon anda semua untuk bantu perniagaan saya demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak selepas ini,” katanya.

Semalam, keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita bernama Athira Yuhada.

Athira juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. (Sumber Harian Metro)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles