Misha Omar henti kongsi cerita tentang ikhtiar mendapat zuriat kepada umum

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Misha Omar, 41, mengambil pendekatan untuk merahsiakan dan tidak lagi berkongsi kepada umum berkenaan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalaninya.

Kata Misha, tindakan itu adalah untuk menjaga sensitiviti, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri yang disahkan tiada harapan untuk memiliki zuriat.

“Saya terima pelbagai respons dari peminat yang masih berikhtihar untuk mendapatkan anak. Saya sebenarnya berharap perkongsian itu membawa respons positif, tetapi banyak pula reaksi negatif yang saya terima.

Ada yang terluka, kerana disahkan tiada harapan untuk memiliki zuriat. Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi apa-apa tentang perkara itu bagi menjaga sensitiviti umum.

Misha berhenti berkongsi berkenaan rawatan IVF demi menjaga sensitiviti umum

 “Saya belajar menghormati perasaan dan rintihan mereka yang disahkan sudah tiada harapan untuk memiliki anak. Jadi biarlah proses yang saya lalui dirahsiakan,” katanya ketika ditemui pada konsert Ini Baru Bintang baru-baru ini.

Dalam pada itu, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar turut memaklumkan dia dan suami masih berikhtihar  dan melakukan pelbagai cara termasuk selain IVF.

“Harapan untuk saya memiliki zuriat masih ada dan saya masih berusaha, berlapang dada, mencari dan mendoakan. Kalau satu hari ditakdirkan saya hamil, saya akan umumkan, tak boleh sorok.

“Bagaimanapun saya tidaklah bergantung kepada satu jalan sahaja. Rezeki mendapatkan anak ini luas. Saya pun ada anak angkat. Jadi apa sahaja usaha yang saya buat, biarlah saya dan keluarga sahaja tahu,” jelasnya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles