Lebih 1,000  orang hadir Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Karnival anjuran  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Datum Jelatek Shopping Centre di sini, yang turut disertai Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung.

Kalangan yang hadir itu termasuk pelajar-pelajar pendidikan khas bersama ahli keluarga masing-masing.

Pada masa sama,  karnival selama dua hari  yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ir. Ts. Zahir Hassan, turut disertai guru-guru dari sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Konsep karnival berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas sama ada peringkat sekolah rendah atau menengah serta ahli keluarga mereka mengenai kemahiran serta peluang-peluang pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

Di samping itu, pada karnival berkenaan, turut diadakan ialah beberapa pertandingan seperti ‘aerodance’,  dekorasi kek dan banyak lagi.

Sementara itu, Penasihat MFD Mohamad  Sazali Shaari  memberitahu,  penyertaan MFT amat penting kerana sebahagian besar murid pendidikan khas adalah terdiri dari orang pekak.

Ir. Ts. Zahir Hassan (kiri) beramah mesra dengan Mohamad Sazali Shaari (duduk) ketika melawat ‘booth’ MFD.

Jelasnya,  kehadiran murid-murid tersebut bersama guru dan ahli keluarga masing-masing secara tidak langsung dapat memahami peranan MFD terutama berkaitan dengan penggunaan bahasa isyarat.

Sebahagian pengunjung termasuk kalangan ibu bapa dan guru yang hadir pada karnival di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur.

“Ini termasuk penggunaan bahasa isyarat  secara betul dan tepat. MFD sentiasa bersedia dan dari semasa ke semasa turut menganjurkan kursus serta bengkel berkaitan bahasa isyarat,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles