Populasi kelahiran rakyat Malaysia menurun: Ada sesuatu tidak kena dengan dasar kerajaan? – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Kadar kelahiran Malaysia yang mencatatkan penurunan sebanyak 11.5 peratus untuk suku pertama tahun ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

Timbalan Ketua Penerangan Bersatu Negeri Perak, Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz  berkata, catatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu bukan sahaja merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, malah menimbulkan pelbagai persoalan daripada rakyat.

Menurutnya, keadaan itu kalau diteliti secara halus bukan sahaja amat mengejutkan, juga dikhuatiri ada kaitan dengan kehidupan rakyat pada masa kini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, antara faktor yang boleh dikaitkan ialah peningkatan kos sara hidup rakyat secara mendadak melibatkan pelbagai barangan di sekeliling mereka.

Zulkifli menegaskan, ekoran keadaan itu, rakyat mula mengambil pelbagai langkah antaranya mengurangkan jumlah ahli keluarga dan beberapa langkah lain apabila ia melibatkan tahap ekonomi hidup serta keperluan mereka.

Sehubungan itu, katanya. kerajaan harus mengambil pandangan bahawa catatan terendah itu lebih merupakan satu ‘amaran’ bahawa rakyat kini dalam kesusahan disebabkan beberapa faktor sekeliling.

Beliau seterusnya bertanya: “Apakah keadaan ini dengan jumlah kelahiran Malaysia menurun, manakala rakyat pula dihimpit pelbagai kesusahan hidup menunjukkan bahasa dasar kerajaan sedia ada sebenarnya tidak membela rakyat?”

“Jika keadaan ini berlarutan, ia akan menjadi semakin serius.

“Apabila kos sara hidup meningkat, dengan keadaan sekeliling yang pelbagai, manakala pendapatan pula tidak setimpal, maka antara langkah yang difikirkan rakyat ialah mengurangkan kadar kelahiran.

“Jika ini berterusan, negara bakal berhadapan kekurangan generasi pelapis, malah tumpuan hidup rakyat kelak lebih kepada ‘individu’ tanpa memikirkan kekeluargaan atau masyarakat,”  katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles