Kejohanan  Badminton Piala Tengku Ilisha 2.0 meriah, saingan hebat dari 10 pasukan penduduk KotaSAS

KUANTAN – Saingan merebut keseluruhan hadiah terkumpul RM5,000, memperlihatikan saingan hebat dari 10 buah pasukan dalam Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2.0 di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini.

Namun tumpuan penonton yang memenuhi dewan badminton tersebut  adalah kepada aksti pasukan P4 Lakers Z yang diketuai Puteri Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah.

Manakala rakan beregu Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera ialah Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Dato’ Indera Mohamed Moiz.

Sorakan pasukan bergelar juara setelah tamat perlawanan badminton di Kuantan, Pahang.

Kejohanan yang sekian lama dinanti-nantikan peduduk KotaSAS  itu merupakan edisi kedua selepas edisi pertama berlangsung pada tahun 2023.

Sementara itu, juara kejohanan badminton tersebut berjaya dirangkul oleh  pasukan Azalea yang menewaskan pasukan EVG One dengan keputusan 3 – 1.

Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan SV Stinger dan P3Rimrose.

Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera ketika ditanya mengenai kejohanan anjuran Persatuan Pendudukan Springvale Residences (SVRA) dengan penaja utama Pahang Skills, berharap acara tersebut dapat mengeratkan ukhuwah antara komuniti.

“Saya amat berbangga melihat semangat juang dan ukhuwah antara komuniti.

“Kejohanan ini bukan sekadar tentang sukan, tetapi platform menyatukan warga KotaSAS dengan nilai perpaduan, semangat berpasukan dan sihat bersama.

“Saya doakan kejohanan ini terus menjadi acara dwitahunan yang sentiasa dinanti-nantikan penduduk KotaSAS,” katanya.

Sementara itu, wakil pasukan Azalea yang muncul juara kejohanan menyatakan rasa gembira dengan kemenangan diperolehi.

Sebahagian atlet yang menyertai kejohanan badminton merakamkan gambar beramai-ramai.

Kemenangan itu dicapai setelah latihan berterusan secara berpasukan selain mewujudkan persefahaman.

Hadiah kepada para pemenang dan atlet telah disampaikan oleh Pengerusi SVRA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Izudin Muhamad Amin dan Pengarah Eksekutif Pahang Skills, Mahadir Abdul Rafar.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles