Kalangan penduduk berpendapatan rendah Pangsapuri Puchong Permai terima sumbangan barangan keperluan asas

PUCHONG – Kalangan penduduk berpendapatan rendah di Pangsapuri Puchong Permai di sini, mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Antara barangan sumbangan itu termasuk beras, sayur-sayuran serta barangan keperluan asas lain. Sayur-sayuran itu turut melibatkan lobak, sawi dan timun.

Sumbangan itu diusahakan oleh Persatuan Pembangunan Masyarakat dan Alam Selangor (HANDS) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain serta mendapat kerjasama jawatankuasa penduduk setempat.

Sumbangan HANDS itu telah dimanfaatkan kepada kira-kira 300 penduduk di situ sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

Dr. Kannan Raman (empat dari kanan) bersama sukarelawan dan ahli jawatankuasa penduduk di Pangsapuri Puchong Permai, Puchong, Selangor.

Presiden HANDS, Datuk Dr. Kannan Raman memberitahu, sumbangan itu dapat meringankan beban penduduk berpendapatan rendah.

Jelasnya, barangan keperluan asas itu adalah sumbangan dari pelbagai pihak dan NGO termasuk individu.

Penduduk memilih barangan keperluan asas termasuk sayur-sayuran hasil sumbangan pertubuhan bukan kerjaaan di Puchong, Selangor.

Menurutnya, ia merupakan aktiviti kali keenam HANDS pada tahun ini sejak penubuhannya lapan tahun lalu.

“Tahun lalu sahaja HANDS telah mengadakan beberapa aktiviti yang sama sekitar negeri Selangor.

“Sejak penubuhan HANDS, setiap tahun kita menyantuni dan menyampaikan pelbagai sumbangan kepada penduduk berpendapatan rendah.

“Sebelum Ramadan dan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, kita merancang satu lagi program yang lebih besar bagi membolehkan penduduk berpendapatan rendah mendapat  barangan keperluan asas secara percuma,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles