220 orang pekak Kelantan terima sumbangan bakul makanan, duit raya sempena Ramadan

KOTA BHARU – Sebanyak 220 orang pekak menerima bakul makanan dan duit raya pada program Menggapai Keberkatan Ramadan OKU di Masjid Jamek Sultan Mansor, Kampung Sireh di sini.

Selain komuniti pekak, program yang mendapat kerjasama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan itu turut memberi sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) lain-lain katergori seperti buta, masalah pembelajaran dan fizikal.

Bakul makanan yang diterima mengandungi beras, buah kurma dan beberapa barangan lain.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Program menyantuni orang pekak dan lain-lain OKU itu menjadi acara tahunan dan telah bermula sejak 10 tahun lalu hasil cetusan idea Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK).

Kalangan komuniti pekak beratur untuk mendapatkan bakul makanan termasuk beras di pekarangan Masjid Jamek Sultan Mansor, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Antara pengisian program ialah forum agama bertajuk ‘Pembangunan OKU dan Cabaran’ dengan dihadiri lebih 700 kariah.

Di samping itu, pada program berkenaan kalangan orang pekak turut berkesempatan membayar zakat fitrah menerusi kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang terdapat di masjid berkenaan.

Bayaran zakat fitrah itu  didahului oleh Presiden POPK, Razani Ramli dan  diterjemahkan melalui khidmat jurubahasa isyarat, Noor Haseken P Rameli dan diterima oleh pegawai amil, Khairul Nul Haqim Ayok.

Dalam pada itu, Razani ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kerana program berkenaan membuktikan kerajaan negeri dan agensi-agensi terbabit sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan serta keperluan komuniti pekak dan lain-lain OKU di negeri ini.

Tambah beliau, kalangan OKU yang hadir  begitu teruja apabila pengisian program antara lain forum agama yang bukan sahaja berkisar mengenai Ramadan, malah peranan OKU dalam Islam.

“Menjadi harapan POPK agar lebih banyak ceramah atau forum agama yang menggunakan khidmat jurubahasa bahasa isyarat  seperti pada khutbah Jumaat, dapat diadakan kerana ia menjadi keperluan orang-orang pekak di Kelantan,” katanya.

Razani Ramli (kiri) membayar zakat fitrah menerusi pegawai amil, Khairul Nul Haqim Ayok dan diterjemahkan oleh jurubahasa isyarat, Noor Haseken P Rameli (tengah).

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles