Kanak-kanak pekak Istika Jaya bersantai di Tasik Shah Alam

SHAH ALAM – Sebanyak 11 orang kanak-kanak pekak dari taska dan tadika Istika Jaya yang berpusat di Puchong, dibawa menyertai lawatan ke Tasik Shah Alam di sini.

Lawatan itu antara lain bagi memberi pendedahan mengenai pengangkutan air di mana kanak-kanak berkenaan dibawa menaik bot mengelilingi tasik selain tunjuk ajar mengenai cara-cara pemakaian jaket keselamatan.

Sebanyak 10 orang guru dan pengasuh diketuai penyelia taska, Low Li Lan termasuk jurubahasa isyarat mengiringi kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak Istika Jaya bersama guru dan pengasuh merakamkan gambar beramai-ramai selepas menaiki bot di Tasik Shah Alam, Selangor.

Selain menaiki bot mengelilingi tasik yang mengambil masa 15 minit, kanak-kanak terbabit turut dibawa melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ.

Melihat lebih dekat haiwan peliharaan yang terdapat di Tasik Shah Alam, Selangor.

Lawatan ini sebagai pendedahan kepada kanak-kanak pekak tersebut dan termasuk dalam aktiviti luar taska dan tadika Istika Jaya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles