RESPA santuni bekas pegawai polis Cawangan Khas

KUALA LUMPUR – Ketika usia sudah menjangkau 80 tahun dan ditambah dengan keuzuran, pasti banyak kenangan silam bermain dalam fikiran bagi seorang bekas pegawai kanan polis.

Dengan sambutan Ramadan ini, apa yang menjadi pengubat rindu ialah bertemu rakan-rakan lama serta kisah silam ketika berada dalam pasukan.

Nostalgia silam itu menjadikan dia berpuas hati dengan peranannya suatu ketika dahulu sebagai pegawai polis di Cawangan Khas, Bukit Aman di sini.

Remli Kedri akan bercerita mengenai kisah silam apabila dikunjungi oleh rakan-rakan lama.

“Apabila bercerita kisah silam, ia dapat mengubati kerinduan dan kesunyian.

“Banyak kenangan lalu yang saya ingati ketika bertugas sebagai pegawai polis.

“Hari ini yang datang ziarah bukan seorang, tapi ramai termasuk anggota dan pegawai yang masih bertugas. Terima kasih,” katanya sambil tersenyum.

Remli ditemui di rumahnya di Keramat ketika disantuni oleh Persatuan Pegawai Kanan Polis Pesara Selangor (RESPA) yang diketuai Pengerusinya, Datuk Zakaria Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Biro Sosial dan Sukan RESPA, Zakaria Din dan Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan RESPA, Abdul Halim Mat Amin.

Pada ziarah itu, RESPA turut menyampaikan buah tangan selain bantuan.

Remli telah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 30 tahun dengan jawatan terakhirnya Asisten Superintenden. Beliau bersara pada 2001 dan kini tinggal bersama isteri, Zaiton Ngah,73, yang sentiasa berada di sisi menjaga kesihatannya dan keperluan lain.

Walaupun uzur, Remli masih mampu berseloroh terutama mengenai tugasannya namun tidak dapat mendedahkan lebih lanjut memandangkan beliau bertugas dalam  Cawangan Khas.

Sementara itu, Zakaria memberitahu, pihaknya sentiasa membantu ahli-ahli RESPA termasuk bekas pegawai polis yang bukan ahli.

Menurutnya, RESPA akan sentiasa menyantuni bekas pegawai-pegawai polis selain cuba menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka hadapi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles