fbpx

B-19 AFF: Malaysia, Singapura sama handal

HASRAT Malaysia untuk merekodkan kemenangan ke atas Singapura terbantut selepas seri tanpa jaringan pada Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) AFF 2022 di Stadium Madya, Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Hassan Sazali Waras itu menghimpun empat mata daripada dua perlawanan dan ketika ini mengungguli Kumpulan B.

Menguasai sebahagian besar babak pertama, peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-16 menerusi Muhd Haikal Sahar namun dinafikan ketangkasan penjaga gol lawan, Firman Nabil Mohd Faizal.

Singapura cuba membalas menerusi percubaan jarak jauh Khairin Nadim Rahim selepas itu namun tersasar jauh sebelum pertahanan Singapura bijak ‘menutup’ Haqimi Azim Rosli dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-29.

Malaysia cemas pada minit ke-66 apabila gerakan Singapura menembusi pertahanan negara, mujur Zulhilmi Sharani cemerlang menyelamatkan percubaan pihak lawan.

Selepas ini, Singapura akan berdepan Laos sementara Malaysia akan menentang Timor Leste, Sabtu ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles