fbpx

Atlet Terengganu, Marosuraya dipilih Olahragawati Terbaik

KUALA LUMPUR – Kejohanan  Olahraga Orang Pekak Malaysia kali ke-4 pada 27 dan 28 April baru-baru ini menyaksikan dua atlet pelapis dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Keseluruhan.

Olahragawan dimenangi oleh Muhammad Zamir Azman dari kontinjen Wilayah Persekutuan manakala anugerah Olahragawati pula dimenangi Marosuraya Muhammad dari kontinjen Negeri Terengganu.

Kedua-dua atlet pelapis itu memperolehi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Muhammad  yang berusia 18 tahun berjaya mencatatkan masa 12.9 minit untuk 100m dan 24.42 untuk acara 200m.

Manakala Marosuraya yang berusia 16 tahun pula mencatatkan masa 14.93 minit untuk 100m dan 31.01 minit bagi acara 200m.

Anugerah kepada dua atlet cemerlang itu disampaikan oleh Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn.

Bagi Marosuraya, kejayaannya itu dapat memberi semangat untuk dia terus berusahaja memperbaiki rekod sedia ada serta bercita-cita untuk beraksi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

“Saya akan terus berusaha dan berlatih untuk kejohanan yang lebih besar,” katanya,

Sementara itu, Muhammad pula berkata, walaupun memenangi dua acara berkenaan, namun yakin masa yang dicatat akan dapat diperbaiki lagi.

“Saya akan terus berlatih dan berlatih,” katanya.

Dalam pada itu jurulatih olahraga bagi kontinjen Negeri Terengganu, Mohd. Amiludin Mohd. Amin berkata, Marosuraya dengan usia yang masih muda, mempunyai masa depan yang cerah.

Marosuraya Muhammad dan atlet lelaki, Muhammad Zamir Azman bergambar bersama jurulatih Mohd. Amiludin Mohd. Amin.

“Atlet-atlet dalam kejohanan itu semuanya adalah barisan pelapis dan masih muda. Latihan berterusan akan dapat memastikan mereka mencapai kejayaan lebh besar,” katanya.

Sementara itu, Shin Ruenn berkata, MSDeaf akan mempertimbangkan beberapa atlet pekak untuk dibawa bersaing di kejohanan antarabangsa pada tahun ini termasuk di Iran, Taiwan dan juga Jakarta, Indonesia.

“Malah, kejohanan yang lebih besar sedang menanti kita iaitu Deaflympic di Jepun pada 2025.

“Kita tidak mempunyai banyak masa, sebab itu para atlet pekak yang akan dipilih nanti perlu berlatih secara berterusan kerana saingan lebih hebat bakal menanti mereka,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles