fbpx

Pencemaran Sungai Selangor: Empat individu direman tujuh hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov  — Tempoh tahanan reman seorang wanita yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pembinaan jalan raya berhubung siasatan kes pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis ini oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni juga membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama enam hari terhadap tiga suspek lelaki sehingga 23 Nov ini.

Kesemua suspek berumur antara 33 hingga 43 tahun sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 Nov lepas untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wanita itu yang berumur 40 tahun dan lelaki berumur 43 tahun yang merupakan pengarah syarikat itu dan dua lelaki yang seorang daripadanya adalah warga Bangladesh tiba di Kompleks Mahkamah Selayang pada 8.30 pagi dan dibawa masuk ke mahkamah untuk prosiding reman pada 9.30 pagi.

 Sebelum ini, media melaporkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 telah dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang, berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mulai 6 petang pada 10 Nov lepas.

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=314&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FUtusanOnline%2Fvideos%2F792424228154258%2F&show_text=false&width=560

— BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles