Banjir: 53 mangsa maut, 3 masih hilang

4 JAN: Bencana banjir yang melanda negara sejak 18 Disember lalu telah memakan korban sebanyak 53 mangsa manakala tiga lagi dilaporkan masih hilang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi iaitu 25 mangsa, membabitkan 17 lelaki dewasa dan lapan wanita dewasa.

Katanya, ia disusuli 21 kematian di Pahang membabitkan 15 lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki.

“Di Kelantan, empat korban banjir (tiga lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan), Sabah (dua lelaki dewasa) serta Negeri Sembilan (seorang lelaki dewasa).

“Mangsa banjir yang hilang membabitkan tiga lelaki dewasa dengan dua daripadanya di Pahang, manakala seorang di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles