fbpx

Pandela-Dhabitah dakap gangsa di Kejohanan Dunia

GANDINGAN ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg bersama Nur Dhabitah Sabri berjaya memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2022 dalam acara 10 meter (m) plaftorm seirama wanita lewat malam Khamis.

Pada aksi tersebut, Pandelela-Dhabitah meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan dan hanya dibezakan 0.72 mata sahaja berbanding pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young yang meraih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.

Pingat emas acara tersebut dimenangi pasangan China Quan Hongchan-Chen Yuxi selepas mengutip 368.40 mata.

Untuk rekod, pingat gangsa yang diraih Pandelela merupakan pingat gangsa kedua peribadi buat dirinya dalam edisi kali ini selepas terdahulu memenanginya dalam acara 10m platform individu.

Dhabitah menyifatkan impiannya menjadi kenyataan selepas berjaya memenangi pingat pertamanya di Kejohanan Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi terdahulu, pada 2015, 2017 dan 2019.

“Masih rasa bagai mimpi apabila berjaya memenangi pingat pertama saya di Kejohanan Dunia. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan gandingan yang baik untuk membantu saya mengharungi saingan dalam acara ini,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles