fbpx

Padah langgar kenderaan JPJ guna jangkaut, suspek ditahan polis

1 JULAI: Tindakan seorang lelaki melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan jengkaut di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, di Keningau, semalam mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Polis yang menerima laporan jam 6.32 petang bertindak pantas dan berjaya menahan lelaki berusia 60 tahun itu di lokasi kejadian pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata individu terbabit turut menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Siasatan awal mendapati ketika menjalankan operasi harian, salah seorang anggota JPJ cawangan Keningau menahan dan membuat pemeriksaan ke atas kenderaan berat jenis backhoe yang mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Ketika saman hendak dikeluarkan, pemandu terbabit tidak berpuas hati dan marah dengan bertindak melanggar kenderaan JPJ yang dinaiki oleh petugas hingga mengakibatkan kerosakan pada kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Nor Rafidah berkata, petugas bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan ketika kejadian berlaku.

“Polis turut merampas jengkaut yang digunakan ketika kejadian. Suspek warga tempatan dan rampasan dibawa balik ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan antaranya kerana menghalang tugas penjawat awam serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles