fbpx

Harimau Malaya asah taring lawan pasukan gergasi Asia

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang beberapa aksi persahabatan buat Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2022 hujung tahun ini.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar ketika berkata, Harimau Malaya bakal mengharungi kejohanan empat penjuru di Thailand dan beberapa perlawanan persahabatan lain.

Menurutnya, skuad kendalian Kim Pan-gon dijadualkan menentang pasukan berstatus gergasi Asia dalam kejohanan empat penjuru itu sebagai medan persediaan sebelum Piala AFF 2022.

“Kita akan bermain dengan pasukan yang lebih baik daripada Harimau Malaya. Mengenai perkara itu, kita akan berbincang dengan ketua jurulatih Harimau Malaya berkaitan persediaan pasukan.

“Pada masa sekarang, kami tidak boleh membuat pengumuman mengenai pasukan terbabit kerana mahu beri laluan kepada tuan rumah, manakala tempat pula sama ada di Hatyai atau Pattaya, Thailand.

“Perlawanan persahabatan pula, kita akan mengadakannya di dalam negara pada November depan manakala pasukan yang bakal datang ke Malaysia akan diumumkan kelak,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM hari ini.

Beliau memberitahu, FAM juga akan mengadakan perbincangan bersama Pan-gon sama ada mahu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara dalam usaha memantapkan lagi skuad Harimau Malaya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles