fbpx

Malaysia hasilkan kapal elektrik pertama

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memiliki kapal elektrik pertama dalam tempoh tiga tahun lagi sekali gus menembusi pasaran global dalam industri pembinaan kapal dan pembaikan kapal (SBSR).

Presiden Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM), Soo Jee Main, berkata ia akan direalisasikan menerusi perkongsian strategik rasmi AMIM dengan tiga syarikat utama SBSR tempatan dan syarikat hijau inovatif dari Singapura.

Katanya, projek membina kapal bekalan luar pesisir hijau (OSV) pertama keluaran Malaysia itu membabitkan kos sebanyak AS$25 juta.

“Projek ini dijangka mengambil masa sekitar 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan, bermula dari fasa reka bentuk hingga pembinaan.

“Industri percaya bahawa projek ini akan membuka pintu merentasi pelbagai sektor dan meningkatkan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

“Sebagai projek perintis kerjasama antara negara, ia bersifat oportunis. Semua pihak yang terbabit mempunyai peranan yang berbeza tetapi sama penting, membawa kepada peningkatan pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengembangan pasaran,” katanya di ibu negara semalam.

Kapal hijau pertama yang dibina di Malaysia itu akan menampilkan Sistem Bateri Biru G yang mampu meminimumkan penggunaan set penjana.

Kapasiti Sistem Bateri Biru G boleh dikira berdasarkan jumlah keperluan kuasa kapal dan akan dapat dioptimumkan berdasarkan keperluan operasi.

Sistem Bateri Biru G boleh dicas semula oleh set penjana di atas kapal atau melalui sumber janaan lestari di darat.

Dengan teknologi itu, kapal mampu menjimatkan pengunaan bahan api dan mengurangkan jejak karbon, perbelanjaan operasi serta kos kitaran hayat.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles