fbpx

Beli petrol, diesel lebih 20 liter perlu permit khas

PUTRAJAYA – Orang ramai memerlukan permit khas untuk membeli petrol dan diesel melebihi 20 liter daripada stesen minyak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata permit khas itu adalah mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

“Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas. Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

“Hingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna ‘forklift’, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, satu portal berita melaporkan notis awam yang dikeluarkan kementerian itu melarang orang ramai membeli bahan bakar berkenaan menggunakan tong drum menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

Laporan itu antara lain menyatakan orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan KPDNHEP meregulasikan pembelian bahan bakar bersubsidi berkuat kuasa 17 Jun lalu kerana dikatakan tidak adil kepada nelayan dan pemotong rumput.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles