fbpx

Wanita maut ketika jalani rawatan tradisional

AMPANG – Seorang wanita maut ketika mendapatkan rawatan perubatan tradisional di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini semalam.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang wanita pengamal perubatan tradisional bagi membantu siasatan berkaitan kematian wanita berusia 41 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan anaknya itu telah meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah di rumah seorang wanita yang juga pengamal perubatan tradisional.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa disyaki telah datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, polis telah menahan pengamal perubatan tradisional berusia 51 tahun itu pada jam 7.25 malam di rumah tersebut.

“Siasatan masih lagi berjalan dan punca kejadian masih lagi disiasat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles