fbpx

Wanita Mesir ditahan di Arab Saudi kerana kelakuan tidak senonoh

RIYADH — Polis Arab Saudi di Riyadh menahan seorang pempengaruh Mesir atau influancer, Tala Safwan kerana menggunakan gerak isyarat seksual yang tidak senonoh semasa bersiaran langsung yang dilakukannya dengan gadis lain baru-baru ini.

Tala ialah seorang wanita muda Mesir tetapi telah menetap di negara beraja tersebut serta memiliki akaun di beberapa media sosial yang mana bilangan pengikutnya adalah melebihi berjuta-juta orang.

Dia mempunyai akaun di YouTubenya dan TikTok.

Tala berjaya menjadikan kandungan dalam laman sosial itu menarik sehingga dikagumi ramai peminat.

Laporan media menyatakan dia dilahirkan di Arab Saudi di bandar Jeddah pada tahun 2002 dan tinggal bersama keluarganya.

Dia baru-baru ini muncul dengan seorang gadis dalam klip video yang mana dia sengaja mengarahkan kata-kata yang mengandungi sindiran tidak senonoh kepada rakannya melalui siaran secara langsung.

Tidak lama kemudian, para pengguna media sosial ‘menyerangnya’ dan menuduhnya video tersebut menyinggung masyarakat.

Selepas tersebarnya klip videonya itu, polis Riyadh menahannya ekoran kejadian itu. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles