fbpx

Bekas MB Selangor Khalid Ibrahim meninggal dunia, dikebumikan di makam diraja

SHAH ALAM – Bekas  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pulang ke rahmatullah di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, pukul 11.08 malam tadi.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sebaik selesai pengurusan di Masjid Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam,” demikian kenyataan menerusi Facebook rasminya itu.

Abdul Khalid, 76 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak serta dua cucu.

Pada 23 April lalu, Abdul Khalid dilaporkan dimasukkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Pada 24 Julai pula, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan dan menerajui Selangor sehingga 22 September 2014.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor yang pertama dari parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menggantikan Dr Mohamad Khir Toyo.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles