LEGENDA olahraga Filipina, Lydia de Vega meninggal dunia pada Rabu selepas empat tahun bertarung dengan kanser.
De Vega yang dilabelkan sebagai wanita terpantas Asia pada 1980-an meninggal dunia pada usia 57 tahun.
Anak perempuannya, Stephanie “Paneng” Mercado-de Koenigswarter, dalam kenyataan di media sosial berkata: “Dia bertarung dengan hebat dan kini bersemadi dengan aman.”
Laporan awal mengatakan de Vega didapati menghidap kanser payudara pada 2018 dan berjuang melawannya sejak empat tahun lalu.
De Vega pernah memenangi 15 pingat emas dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Kejohanan Olahraga Asia.
Dia bersara pada 1994 dan pernah bekerja dengan Suruhanjaya Sukan Filipina serta menjadi jurulatih olahraga Singapura selama 10 tahun.