fbpx

Bayi 4 bulan maut sesak nafas dalam buaian di rumah pengasuh

AMPANG JAYA: Bayi berusia empat bulan maut dalam buaian di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang bayi lelaki berkenaan sesak nafas selepas mukanya dikatakan tertekup kain lampin.

Ibu bapa meninggalkan anaknya itu di bawah jagaan pengasuh yang juga seorang wanita warga Indonesia ketika mereka pergi bekerja.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke sebuah klinik di Pandan Indah menaiki ambulans Hospital Ampang dan bayi itu sudah tidak bernyawa ketika tiba di situ.

“Bantuan kecemasan diberikan, namun mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama.

“Bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia jam 6.35 petang,” katanya.

Susulan kejadian itu, katanya sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya menahan wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa.

Beliau berkata, semakan mendapati wanita itu yang ditahan jam 10.30 malam tadi, tidak mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah atau dadah.

“Keterangan awal suspek memaklumkan si mati ditemui dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada pada mukanya.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini untuk tindakan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles