Dua juruterbang tertidur, bunyi penggera jadi penyelamat

ADDIS ABABA – Pelik. Begitulah situasi yang dialami dua juruterbang yang tertidur semasa dalam penerbangan namun pesawat berkenaan mendarat dengan selamat tanpa sebarang kemalangan.

Kejadian itu melibatkan pesawat ET343 milik Ethiopian Airlines yang dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa pada 15 Ogos lalu.

Menurut Aviation Herald, Kawalan Trafik Udara cuba menghubungi juruterbang tersebut, namun tidak berjaya.

“Dua juruterbang itu hanya terjaga daripada tidur selepas autopilot pesawat terputus sehingga membunyikan penggera amaran.

“Mereka berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat dan kekal di landasan selama dua jam setengah, sebelum berlepas untuk penerbangan seterusnya,” katanya kepada Daily Mail.

Insiden itu menyebabkan ramai terkejut dan menyifatkan tindakan juruterbang tersebut berbahaya dan tidak profesional.

“Kedua-dua juruterbang patut dipecat dan pihak berkuasa penerbangan memulakan siasatan mengenai jadual bertugas anak kapal dan syarikat penerbangan lain,” tulis pengguna media sosial.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles